Wednesday, December 1, 2010

Alhamdulillah

Salam Alayk

lama sudah aku tidak menjenguk blog kesayanganku ini. kali ini, aku ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izinNYA, aku sudah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang sangat baik, penyayang dan ringan tulang....terima kasih Ya Allah

hari ini, sudah 6 hari kami bergelar suami isteri..aku rasakan seperti baru semalam aku berbaju nikah, berbusana merah yang sangat menarik (bagiku dan suami)..terima kasih kepada Busana Fitri, cantik sangat baju yang disewa itu..

aku sudah memulakan kerja pada hari Selasa yang lepas..ya, kami sudah tinggal bersama di rumah sewa kami yang terletak di Taman Langat Jaya, Seksyen 5, Bangi..kalau kengkwan berkesempatan, jemputlah ke teratak kami yer...

Alhamdulillah, aku merasakan semakin tenang setelah bergelar seorang isteri..ya, tanggungjawab aku makin berat..aku perlu patuh dan taat pada suamiku..rutin harianku juga sudah berubah..totally changed! aku dulunya yang suka tidur semula selepas waktu subuh, sekarang waktu itu digunakan untuk menyediakan sarapan dan menyediakan kelengkapan suami ke maktab..aku bersyukur kerana diberi peluang bersama insan yang aku sayangi..

pada malamnya, selepas pulang dari kerja, suamiku akan tunggu kepulanganku, untuk solat bersama..aku akan pulang untuk solat di rumah bersama suami..indahnya hidup yang dipenuhi dengan kasih sayang dan redho dari Allah..dan seusai solat isyak, aku akan menyediakan makanan untuk santapan kami berdua.walaupun lapar, suamiku sanggup tunggu aku masak..huhu..terima kasih ^_^

dan akhir kata, terima kasih kepada semua yang sudi datang ke majlis kami sabtu lepas di kampungku di kedah..semoga kalian berpuas hati dengan hidangan yang kami sediakan..maafkan kiranya terdapat cacat cela semasa majlis kami..

dan aku ingin menjemput semua ke majlis bertandang pada hari ahad ini, 5hb disember di sabak bernam selangor..kehadiran kalian amatlah dihargai..

sekian
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com