Tuesday, February 15, 2011

Pindah Blog Lagik?hehe

Salam Alayk

hehe...lama tak jenguk blog ni..almaklumlah ada blog lain, blog ni dibiarkan..ekceli, aku dah berpindah ke blog baru...hehe..saja suka2..aku saja nak tukar new blog bersempena dengan new status aku tu..*ngade kan?* sila cakap *buweeekk* kat aku...

eh, ade ke orang folow blog haku nih?rasa2 cm xdak kot..aku ja yg syok sendirik!!haha..*sila gelakkan aku T_T*

tapi takpe, nk jugak inform, mana la tau kot2 ada silent readers out there, kalau nak tau perkembangan haku, moh le teman jemput ke blog baru teman *sila muntah* hahaha

Jom masuk sini

ok tata..nk inform ni jer...kui3..
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Wednesday, December 1, 2010

Alhamdulillah

Salam Alayk

lama sudah aku tidak menjenguk blog kesayanganku ini. kali ini, aku ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izinNYA, aku sudah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang sangat baik, penyayang dan ringan tulang....terima kasih Ya Allah

hari ini, sudah 6 hari kami bergelar suami isteri..aku rasakan seperti baru semalam aku berbaju nikah, berbusana merah yang sangat menarik (bagiku dan suami)..terima kasih kepada Busana Fitri, cantik sangat baju yang disewa itu..

aku sudah memulakan kerja pada hari Selasa yang lepas..ya, kami sudah tinggal bersama di rumah sewa kami yang terletak di Taman Langat Jaya, Seksyen 5, Bangi..kalau kengkwan berkesempatan, jemputlah ke teratak kami yer...

Alhamdulillah, aku merasakan semakin tenang setelah bergelar seorang isteri..ya, tanggungjawab aku makin berat..aku perlu patuh dan taat pada suamiku..rutin harianku juga sudah berubah..totally changed! aku dulunya yang suka tidur semula selepas waktu subuh, sekarang waktu itu digunakan untuk menyediakan sarapan dan menyediakan kelengkapan suami ke maktab..aku bersyukur kerana diberi peluang bersama insan yang aku sayangi..

pada malamnya, selepas pulang dari kerja, suamiku akan tunggu kepulanganku, untuk solat bersama..aku akan pulang untuk solat di rumah bersama suami..indahnya hidup yang dipenuhi dengan kasih sayang dan redho dari Allah..dan seusai solat isyak, aku akan menyediakan makanan untuk santapan kami berdua.walaupun lapar, suamiku sanggup tunggu aku masak..huhu..terima kasih ^_^

dan akhir kata, terima kasih kepada semua yang sudi datang ke majlis kami sabtu lepas di kampungku di kedah..semoga kalian berpuas hati dengan hidangan yang kami sediakan..maafkan kiranya terdapat cacat cela semasa majlis kami..

dan aku ingin menjemput semua ke majlis bertandang pada hari ahad ini, 5hb disember di sabak bernam selangor..kehadiran kalian amatlah dihargai..

sekian
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Tuesday, November 23, 2010

doakan aku...

Salam Alayk

huhu..baru berpeluang nak mengupdet blog kesayangan ni..bru dapat sentuh laptop and online...wow! very busy2 day lah..aishhh..sapa2 yg dah kawen tu mmg tau la cemana...tp syukur Alhamdulillah, persiapan kali ni agak awal sikit drpd wedding sebelum2 ni kt uma aku...saja buat awal agar tak kelam kabut sana sini

Alhamdulillah, byk bnde dah disiapkan

Ahad : kemas bilik, rumah, pasang langsir...(pnt gakk)

Isnin : gunting kotak untuk doorgift (thanks to Kakyah sebab buat sendiri kotak ni..nice + comei sesgt)...pas2 malam siapkan bekas hantaran....suka sgt sbb buat sendiri bersama adik n anak sedara

Selasa : mula2 p amek borang kelulusan nikah untuk diserahkn pd Tok Imam..pas2 p post office buat roadtax keta proton (lega tak ramai org), pas2 p busana fitting baju..(lama gak kat situ sbb satu baju kena adjust sbb org sblm ni kuruih..aku gemok kot T_T), pas2 p beli sikit lagi beg doorgift n renda untuk hantaran, pas2 p cari baju melayu abah (abah nak pakai sepasang...suke aiiii ^_^), pas2 p klinik gigi....tampal gigi dpn yg ada karies...(sakitnya mspai skrg...ngilu gilaaaaaaaaaaa)

esok org busana mai pasang pelamin + hias bilik tidur...debaran kian terasa wpon aku buat selambe dek je org ckp..hahaha...aku bukan apa, aku cuma risaukan keselamatan family aku dan bakal family aku...yer la, mak n abah ke sana sini p cari brg2 memasak, pastu panggil orang mai kenduri..aku pulak drive sendiri keluar pergi cari brg di pekan..pastu tunang aku sekarang dlm perjalanan pulang ke kampung dari Bangi...Ya Allah, selamatkan kami semua..

dan yang paling membimbangkan ialah perjalanan mereka datang ke sini pada tengah malam hari Jumaat..aku sangat2 berharap agar mereka dilindungi drpd sebarang malapetaka..itu adalah perkara yang amat membimbangkan hati aku sekarang ni...

dan kepada teman2 semua, sudilah kiranya kalian menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan kami berdua...kerana aku pasti gembira dengan kehadiran kalian pada hari bahagiaku...

sekian, wasalam...

ikhlas daripada Ain...

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Monday, November 15, 2010

Salam Aidil Adha...


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam, sahabat handai, saudara mara dan juga kenalan...

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Sunday, November 14, 2010

ubat oh ubat..kenapa aku mengantuk??!! @_@

Salam Alayk

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi krn dgn limpah kurniaNya dpt aku menghirup udara yang segar bugar di muka bumi ini...

hari yang penuh kesakitan...yaa..sakit, yg boleh menghapuskan dosa2 kita...mudah2an...sudah 5 hari aku asyik skit2 aja..dari minggu lepas lagi..aku diserang demam, diikuti dgn selsema yang sehingga hari ini belum sembuh, juga batuk yg tidak kurang hebatnya sehinggakan tekakku terasa pedih dan perit..Ya Allah, jika benar sakit ini boleh menjadi penghapus dosa2, Kau hapuskan lah dosa2ku Ya Rabbi...aku sbgai hambaMu tak lari drpd melakukan kesilapan dan kesalahan...

hari ini, merupakan hari kedua terakhir aku bekerja sebagai seorang "Cik Ain"...esok ptg aku akan pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama kaum keluarga, eventho ramai yg xbalik..just, kakyah n family, aku, fariha n adik sj..

dan cuti aku ini berterusan sehingga ke hari perkahwinanku...ramai juga teman2 bertanya "apa rasa dh dekat ni?"...my simple answer "xpk psl kwen pon skrg ni..pk keje je..byk tak setel" (dush3...pukol kepala..pdhal berserabut dok pk dua2...tp sbgai seorg yg pro(cewah gila cewi), aku dahulukan kerja, sbb sok aku dh start cuti..xmo pk keje lagik)

aku akan kembali bekerja pada 30hb November dan akan bercuti semula pada 4hb-7hb Disember utk kenduri sebelah bakal suami...pas2 cuti dh habes..uwaaaaaaaaa T_T

honeymoon?ouh3...kami xplan pon nk p mana2...mebi honeymoon ngn family kot..muahahaha..(oh tak privasi kan?) ala..aku x kesah pon pegi mana2...dlm plan nk p cameron n langkawi je kot..tp kena tgk budget dlu...plan asal2 dulu dh lari sbb majlis buat awai..hahaha...mcm nk p singapore jer...ok ke tak?ke p bandung jer...tp aku xsuka shopping.......hadoiii

lupakan pasai honeymoon...xmo la p mana2..mls nk rncang..nti xjd sedih plak..ye dok?baik dok diam2 tgu je apa akn jd...hihihi

ish,ape kes ni?melalut smpai honeymoon..hadoi (hentak pale kt dinding)..

back to the topic...aku tgh mengntok sbb mkn ubat batuk n selsema...patot ah melalut tak tentu arah...gilos!!hahaha...ish xbaik kutok diri sendiri ain...^_^ ni pon tgh miong2 lg ni..ting tong ting tong...tgu masa mata ni nak pejam..pastu suasana jd gelap gelita...ah...ish3,xle2...boss nmpk mampuih aku...tapi seriously...................................AKU MENGANTOK YA AMAT.....................

main game online jap la...ilang ngntok kot...k chow chin chow...

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com