Salam Alayk
huhu..baru berpeluang nak mengupdet blog kesayangan ni..bru dapat sentuh laptop and online...wow! very busy2 day lah..aishhh..sapa2 yg dah kawen tu mmg tau la cemana...tp syukur Alhamdulillah, persiapan kali ni agak awal sikit drpd wedding sebelum2 ni kt uma aku...saja buat awal agar tak kelam kabut sana sini
Alhamdulillah, byk bnde dah disiapkan
Ahad : kemas bilik, rumah, pasang langsir...(pnt gakk)
Isnin : gunting kotak untuk doorgift (thanks to Kakyah sebab buat sendiri kotak ni..nice + comei sesgt)...pas2 malam siapkan bekas hantaran....suka sgt sbb buat sendiri bersama adik n anak sedara
Selasa : mula2 p amek borang kelulusan nikah untuk diserahkn pd Tok Imam..pas2 p post office buat roadtax keta proton (lega tak ramai org), pas2 p busana fitting baju..(lama gak kat situ sbb satu baju kena adjust sbb org sblm ni kuruih..aku gemok kot T_T), pas2 p beli sikit lagi beg doorgift n renda untuk hantaran, pas2 p cari baju melayu abah (abah nak pakai sepasang...suke aiiii ^_^), pas2 p klinik gigi....tampal gigi dpn yg ada karies...(sakitnya mspai skrg...ngilu gilaaaaaaaaaaa)
esok org busana mai pasang pelamin + hias bilik tidur...debaran kian terasa wpon aku buat selambe dek je org ckp..hahaha...aku bukan apa, aku cuma risaukan keselamatan family aku dan bakal family aku...yer la, mak n abah ke sana sini p cari brg2 memasak, pastu panggil orang mai kenduri..aku pulak drive sendiri keluar pergi cari brg di pekan..pastu tunang aku sekarang dlm perjalanan pulang ke kampung dari Bangi...Ya Allah, selamatkan kami semua..
dan yang paling membimbangkan ialah perjalanan mereka datang ke sini pada tengah malam hari Jumaat..aku sangat2 berharap agar mereka dilindungi drpd sebarang malapetaka..itu adalah perkara yang amat membimbangkan hati aku sekarang ni...
dan kepada teman2 semua, sudilah kiranya kalian menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan kami berdua...kerana aku pasti gembira dengan kehadiran kalian pada hari bahagiaku...
sekian, wasalam...
ikhlas daripada Ain...
----------------------
Taman Rindu,
http://raudhohsyauqeena.blogspot.com
Happy Birthday Pak Lang || 7 November 2010
14 years ago
No comments:
Post a Comment