Monday, August 30, 2010

berpuasa & berbuka di kampung

Salam Alayk..

seperti tajuk entri di atas, aku skrg berada jauh dari KL..aku berada di kg halamanku...wah3 alangkah gumbiranya dan rasa bersyukur diberi kesempatan berpuasa bersama mak & abah yang tercinta...(sebenaqnya hari ni dah hari ke4 aku kat kg..ekekeke)

aku sampai di kg pada jam 5.00 pagi hari Jumaat...(selangor cuti oke!!) sampai kat uma terus bersahur bersama Mak, Abah, Kakyah&husband, fariha & adik...seronok tau..mak masak daging kicap..yum3..lepas subuh aku terus tidoq (penat sgt sbb naik bas tu kena dok blakang skali..seat dia xle baringkan..aku dok tegak dr KL-SP..sakit gila tengkuk weii..huhu)

hari pertama, kami bersiap2 untuk panggang ayam yg sudah diperap..lepas family abg sepupu mai, kami mula pasang api dan terus membakar..seronok tau..kalau semua nak tau, ini adalah perkara wajib yg kami buat tiap2 tahun..(tapi sedih kali ni tak ramai yg balik) nak tgk cerita lanjut, bleh baca kat sini oke??! ^_^

esoknya, aku,kakyah,a.medan,fariha n adik serta si kecil harith keluar ke pekan SP..tmpt pertama yg dituju ialah BUSANA PENGANTIN..ehehehe..kami p booking pelamin, hiasan bilik tidur dan juga baju pengantin (so excited sbb warna yg diidamkan ada, dan aku bakal org pertama pakai baju tu sebab baju tu baru siap...siyoknyaaaaa) lepas dah berpuas hati, kami terus gerak ke tmpt lain

pas2 kami nak pergi Center Square(CS), tapi jem gila ah...ye la, hari cuti dan org ramai nak shopping raya..hihihi..so tak jadi pi sana..kami terus gerak ke kedai Anakku (kakyah nak beli baju raya si kecil Harith) kakyah dah nak balik Langkawi..thank you so much sebab teman g busana..kalo tak, saya mati kutu nak pilih hat mana..hehehe..pastu antaq kakyah & family dia kat Kuala Kedah..smpai sana dh lewat..hajat aku nak p beli Laksa Teluk Kechai, K.Kedah, tapi kedai tu tutup (xtau samada memg xbukak atau kami yg lmbt - 6.30 dh time tu) sedih sgt tak dpt mkn...otw balik aku n adik singgah p bazar memandangkan kami bakal berbuka di atas jalan raya jer..(sedih gila ms ni sbb kat uma xdak pape makanan..sian mak abah..huhu..tpi mak ckp ade mknan lain..lega sket)

semalam, hari ahad, aku n fariha keluar ke pekan SP nak cari bahan2 nak buat kueh raya..kami p G-Mart...bila semua dah beli, kami p Anakku p tukaq baju Harith, tak muat..then lepak2 kat Tesco, g cuci mata..(sebenaqnya habeskan masa kat Tesco tu sbb nak tunggu bazaar bukak..sbb masa tu baru pukul 3.lebih..hihihi) dh pukul 4, kami keluar terus g bazaar..beli nasi lemak & kueh muih..nasi lemak daun pisang singgit sebungkuih..(sdap wei) pastu terus balik........

dan hari ni, aku dah start buat kueh raya..ni ada org tempah tapi tak byk macam tahun lepas (tak larat eh nak buat sorg2..ekekek) mekaseh sapa2 yg tempah ni..Kak Ila (opismate), kakak (sepupu K.zira), K.zira & incik tunang..hihi..harini buat kueh sarang semut & semperit...esok pon akan buat sarang semut lagi...yg selebihnya, tunggu adik aku sorg lagi balik buat..dia cuti lama....

okelah, nak g mandi & solat asar..pas2 nak memasak..menu berbuka hari ni : koteaw/bihun tomyam..yum3..akn dimasak oleh chef Ain (aku ler tuh..wakakaka) dan air ijau..& popia (abah ckp nk p beli la..tunggu la..mebi buboq lambuk skali kot)

sok malam, kol 11, aku akan berangkat pulang ke KL untuk kembali bertugas (selepas 5 hari bercuti).. huhu..sangat sedih!!!

oklah,aku nak p susun kueh2 yg dah siap td...oke..bye2..

P/S: malam ni malam 21..jom sama2 banyakkan amal ibadat kita ya..hanya tinggal 10 mlm lagi..jgn lepaskan peluang keemasan yg Allah bagi ni..yuk!!!
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

No comments:

Post a Comment