Sunday, December 20, 2009

Majlis Pertunangan

Salam alayk..

Hari ini sudah dua hari aku bergelar tunangan kepada Mohd Hairil Azlim bin Ramli...Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar..dari perjalanan mereka datang ke rumah sehinggalah majlis selesai...Kami telah mengikat tali pertunangan kami pada Sabtu yang lalu 19 Disember 2009 pada jam 1 tengahari.. ^_^

Pada hari tersebut,Majlis Pertunangan aku dibuat bersama Kenduri Aqiqah Zaini(abang), Shahrul(abang sepupu), Yamin(anak sepupu), Aliff Fitri(anak abang Fuad), Iqbal Nafis(anak kak) & Harith Darwisy(anak kakyah)..Alhamdulillah sekali lagi kerana majlis ini berjalan lancar..Aku disolek oleh anak saudaraku, Kak Yong dan kawanya Atma..terima kasih..dan aku dihias oleh Kak Yah...terima kasih..kalian semua membuatkan aku kelihatan lain pada hari tersebut..hik3

Keluarga mereka tiba pada pukul 12.30 tengahari...dan majlis pon bermula..mereka membawa 9 dulang hantaran termasuk tepak sireh dan pihak aku membalas dengan 11 dulang dan tepak sireh..pihak aku diwakili oleh ketua kampung (Tok Cik Are) dan pihak mereka diwakili oleh bapa abang..Alhamdulillah,selepas perbincangan mengenai wang hantaran, maka aku diminta keluar dari bilik untuk disarungkan cincin oleh mak abang sebagai tanda aku sudah diikat oleh pihak lelaki..(^_^)

Kemudian,kami sama-sama menikmati hidangan yang disediakan...daging masak hitam, gulai daging + rebung, sup tulang + air asam, jelatah timun + nenas, ayam masak merah..selesai makan, sesi bergambar bersama keluarga abang pon bermula..hehe..pose sana,pose sini...hihi...

Dalam pukul 2.45petang, mereka meminta izin untuk pulang...selamat jalan kepada bakal keluargaku..berhati-hati di atas highway.. =)

Di sini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini...dan penghargaan tak terkira kepada MakTam, MakLang, KakAre, MakNjang, anak-anak saudaraku serta sepupuku...tak lupa juga kepada Nazuha, KakZira dan KakYah dalam memberi idea serta membantu menyiapkan hantaran pada malam sebelumnya sehingga pukul 1 pagi...thanks a lot!!

Akhirnya..terima asih tak terhingga kepada Mak & Abah di atas segala pengorbanan mereka dalam membesarkan aku...I LOVE BOTH OF YOU TOO MUCH!!!


On That Day


Sarung Cincin


Salam bakal Mak mertua


Tanda ikatan antara kami


Hantaran dariku


Hantaran darinya

2 comments:

Azira Y said...

congrats kak ain! sorry saya terlupa tarikh kak ain bertunang. erm congrats again and semoga kekal bahagia :)

AinSha'ari said...

thanx Adik Jighah..its ok lor..dh wish ni pon mekaseh bangat deh..insyaAllah,hopefully kekal sampai kenuri kawen nti..jemput tau nti...

Post a Comment