Salam alayk...
sebelum terlambat,aku nak ucapkan "Salam Maal Hijrah" kepada semua...semoga kita mempunyai azam yang baru sempena tahun baru ini..Same to me!!hehe...
Aku ingin menjadi hamba yang taat dan beriman kepada Penciptanya yakni Allah swt
Aku ingin menjadi pengikut yang baik kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw
Aku ingin menjadi anak yang baik kepada Mak & Abah
Aku ingin menjadi saudara yang baik kepada adik-beradik serta saudaraku
Aku ingin menjadi tunang yang baik
Aku ingin menjadi pekerja yang bagus
ini adalah azam dan impian aku dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik...yang paling penting,redho Allah sentiasa bersamaku..ameenn....
ini adalah lagu yang selalu diputarkan bersempena dengan tahun baru kita:
Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
"SALAM MAAL HIJRAH"
No comments:
Post a Comment