Friday, July 9, 2010

Ciuman perokok boleh bunuh kanak-kanak: Pakar

Salam

Sekadar ingin berkongsi...Alahamdulillah incik tunang tak merokok...
(sumber : Berita Harian)

MELBOURNE: Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof Robert Booy, pengarah penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children's Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya pada kerongkong mereka.
"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," katanya seperti dipetik laporan Australian Associated Press.

Menurut laporan itu, seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia. - Bernama

pstt: sapa2 yang merokok tu, berusahalah untuk berhenti V(^_^)V
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

No comments:

Post a Comment