Wednesday, December 1, 2010

Alhamdulillah

Salam Alayk

lama sudah aku tidak menjenguk blog kesayanganku ini. kali ini, aku ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izinNYA, aku sudah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang sangat baik, penyayang dan ringan tulang....terima kasih Ya Allah

hari ini, sudah 6 hari kami bergelar suami isteri..aku rasakan seperti baru semalam aku berbaju nikah, berbusana merah yang sangat menarik (bagiku dan suami)..terima kasih kepada Busana Fitri, cantik sangat baju yang disewa itu..

aku sudah memulakan kerja pada hari Selasa yang lepas..ya, kami sudah tinggal bersama di rumah sewa kami yang terletak di Taman Langat Jaya, Seksyen 5, Bangi..kalau kengkwan berkesempatan, jemputlah ke teratak kami yer...

Alhamdulillah, aku merasakan semakin tenang setelah bergelar seorang isteri..ya, tanggungjawab aku makin berat..aku perlu patuh dan taat pada suamiku..rutin harianku juga sudah berubah..totally changed! aku dulunya yang suka tidur semula selepas waktu subuh, sekarang waktu itu digunakan untuk menyediakan sarapan dan menyediakan kelengkapan suami ke maktab..aku bersyukur kerana diberi peluang bersama insan yang aku sayangi..

pada malamnya, selepas pulang dari kerja, suamiku akan tunggu kepulanganku, untuk solat bersama..aku akan pulang untuk solat di rumah bersama suami..indahnya hidup yang dipenuhi dengan kasih sayang dan redho dari Allah..dan seusai solat isyak, aku akan menyediakan makanan untuk santapan kami berdua.walaupun lapar, suamiku sanggup tunggu aku masak..huhu..terima kasih ^_^

dan akhir kata, terima kasih kepada semua yang sudi datang ke majlis kami sabtu lepas di kampungku di kedah..semoga kalian berpuas hati dengan hidangan yang kami sediakan..maafkan kiranya terdapat cacat cela semasa majlis kami..

dan aku ingin menjemput semua ke majlis bertandang pada hari ahad ini, 5hb disember di sabak bernam selangor..kehadiran kalian amatlah dihargai..

sekian
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Tuesday, November 23, 2010

doakan aku...

Salam Alayk

huhu..baru berpeluang nak mengupdet blog kesayangan ni..bru dapat sentuh laptop and online...wow! very busy2 day lah..aishhh..sapa2 yg dah kawen tu mmg tau la cemana...tp syukur Alhamdulillah, persiapan kali ni agak awal sikit drpd wedding sebelum2 ni kt uma aku...saja buat awal agar tak kelam kabut sana sini

Alhamdulillah, byk bnde dah disiapkan

Ahad : kemas bilik, rumah, pasang langsir...(pnt gakk)

Isnin : gunting kotak untuk doorgift (thanks to Kakyah sebab buat sendiri kotak ni..nice + comei sesgt)...pas2 malam siapkan bekas hantaran....suka sgt sbb buat sendiri bersama adik n anak sedara

Selasa : mula2 p amek borang kelulusan nikah untuk diserahkn pd Tok Imam..pas2 p post office buat roadtax keta proton (lega tak ramai org), pas2 p busana fitting baju..(lama gak kat situ sbb satu baju kena adjust sbb org sblm ni kuruih..aku gemok kot T_T), pas2 p beli sikit lagi beg doorgift n renda untuk hantaran, pas2 p cari baju melayu abah (abah nak pakai sepasang...suke aiiii ^_^), pas2 p klinik gigi....tampal gigi dpn yg ada karies...(sakitnya mspai skrg...ngilu gilaaaaaaaaaaa)

esok org busana mai pasang pelamin + hias bilik tidur...debaran kian terasa wpon aku buat selambe dek je org ckp..hahaha...aku bukan apa, aku cuma risaukan keselamatan family aku dan bakal family aku...yer la, mak n abah ke sana sini p cari brg2 memasak, pastu panggil orang mai kenduri..aku pulak drive sendiri keluar pergi cari brg di pekan..pastu tunang aku sekarang dlm perjalanan pulang ke kampung dari Bangi...Ya Allah, selamatkan kami semua..

dan yang paling membimbangkan ialah perjalanan mereka datang ke sini pada tengah malam hari Jumaat..aku sangat2 berharap agar mereka dilindungi drpd sebarang malapetaka..itu adalah perkara yang amat membimbangkan hati aku sekarang ni...

dan kepada teman2 semua, sudilah kiranya kalian menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan kami berdua...kerana aku pasti gembira dengan kehadiran kalian pada hari bahagiaku...

sekian, wasalam...

ikhlas daripada Ain...

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Monday, November 15, 2010

Salam Aidil Adha...


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam, sahabat handai, saudara mara dan juga kenalan...

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Sunday, November 14, 2010

ubat oh ubat..kenapa aku mengantuk??!! @_@

Salam Alayk

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi krn dgn limpah kurniaNya dpt aku menghirup udara yang segar bugar di muka bumi ini...

hari yang penuh kesakitan...yaa..sakit, yg boleh menghapuskan dosa2 kita...mudah2an...sudah 5 hari aku asyik skit2 aja..dari minggu lepas lagi..aku diserang demam, diikuti dgn selsema yang sehingga hari ini belum sembuh, juga batuk yg tidak kurang hebatnya sehinggakan tekakku terasa pedih dan perit..Ya Allah, jika benar sakit ini boleh menjadi penghapus dosa2, Kau hapuskan lah dosa2ku Ya Rabbi...aku sbgai hambaMu tak lari drpd melakukan kesilapan dan kesalahan...

hari ini, merupakan hari kedua terakhir aku bekerja sebagai seorang "Cik Ain"...esok ptg aku akan pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama kaum keluarga, eventho ramai yg xbalik..just, kakyah n family, aku, fariha n adik sj..

dan cuti aku ini berterusan sehingga ke hari perkahwinanku...ramai juga teman2 bertanya "apa rasa dh dekat ni?"...my simple answer "xpk psl kwen pon skrg ni..pk keje je..byk tak setel" (dush3...pukol kepala..pdhal berserabut dok pk dua2...tp sbgai seorg yg pro(cewah gila cewi), aku dahulukan kerja, sbb sok aku dh start cuti..xmo pk keje lagik)

aku akan kembali bekerja pada 30hb November dan akan bercuti semula pada 4hb-7hb Disember utk kenduri sebelah bakal suami...pas2 cuti dh habes..uwaaaaaaaaa T_T

honeymoon?ouh3...kami xplan pon nk p mana2...mebi honeymoon ngn family kot..muahahaha..(oh tak privasi kan?) ala..aku x kesah pon pegi mana2...dlm plan nk p cameron n langkawi je kot..tp kena tgk budget dlu...plan asal2 dulu dh lari sbb majlis buat awai..hahaha...mcm nk p singapore jer...ok ke tak?ke p bandung jer...tp aku xsuka shopping.......hadoiii

lupakan pasai honeymoon...xmo la p mana2..mls nk rncang..nti xjd sedih plak..ye dok?baik dok diam2 tgu je apa akn jd...hihihi

ish,ape kes ni?melalut smpai honeymoon..hadoi (hentak pale kt dinding)..

back to the topic...aku tgh mengntok sbb mkn ubat batuk n selsema...patot ah melalut tak tentu arah...gilos!!hahaha...ish xbaik kutok diri sendiri ain...^_^ ni pon tgh miong2 lg ni..ting tong ting tong...tgu masa mata ni nak pejam..pastu suasana jd gelap gelita...ah...ish3,xle2...boss nmpk mampuih aku...tapi seriously...................................AKU MENGANTOK YA AMAT.....................

main game online jap la...ilang ngntok kot...k chow chin chow...

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Thursday, November 11, 2010

LuvlySis - Online Blogshop


Salam semua

sebelum aku terlupa, aku nak promote my biz online wif my luvly sis, Aziah...jgn lupa na mai jenguk kat sini..sambil2 jenguk 2, promote2 la kt kwn2..ok?

jemput yer singgah!! ^_^
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

2 minggu sahaja............

tak dak apa2 nak tulis sbb ter"stress" hari ni...so kt bwh ni adlh gmbr2 masa dok buat kad jemputan..layannnn...








p/s:malam ni smbung buat kad lagik...penatnya...sapa nk tlg?dah la terdemam lagi...300 keping..phewww~

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Friday, November 5, 2010

bersiaran dari Kedah

Salam semua

apa khabar ya?aku kali ni bersiaran dari kedah..maklumlah cuti 3 hari je, terus amek peluang balik kg (wpon ada keje due date rabu nanti..mati haku..T_T)

Actually aku balik sbb nak settle kan borang nikah...tp.............Ahad ni Kedah cuti..Pejabat Agama tutup..so tak settle lagik laaa..kene p Pej tu ms cuti Raya Haji nanti...so aku isi je la dulu...urrmmmm...

smlm aku smpai kg around 12pm..pas2 terus bersiap2 masak untuk org mai meeting mlmnya..kami semua masak bihun tomyam, pisang goreng, karipap besar...ramai jugak org mai..hehehe..Alhamdulillah...

erm okla...sj ja nak tulis skit...nak p basuh pinggan mangkuk cawan periuk belanga segala bagai...smlm pnt xlarat nk stle kan...huhuuh...chow!!
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Tuesday, November 2, 2010

list lagik.....

Salam

banyak sebenaqnya yg nak dicurahkan, tapi aku xtau nak tulis yg mana...tajuk entri kali ni pon xdak...aku sgt mengantuk, sbb tu otak aku rasa cm tepu gila..*ini lah akibat tidoq lambat smlm..*

tapi syukur Alhamdulillah, everything going smoothly...rumah dah dapat kat Seksyen 5, BBBangi..peralatan rumah dah settle..tonite, g basuh umaa...tu je nak ckp..

thanks a lot to my future SIL, coz wanna help us to cleaned up our new house! thanx ya Faizah & Ema..nanti belanja mkn Domino's Pizza *abg hairil belanja tau...ekkeke*

apa lagi yg tak settle?
* letak batu kt tudung
* booking mekap (cek lupa sunggoh..hopefully ada kosong lgik..>)
* kain alas meja makan
* hiasan meja
* hiasan hantaran (merah, gold, putih, hitam)
* cat uma (balik nti kena jd tukang cat plak..ekekke)
* doorgift
* kemas baju nk pindah uma (perlu ke state kn ni?perlu3...sbb bilik dah berkembah gila2)
* buat facial (gatai je ni..haha..perabih duit betoi)
* tampal & cuci gigi (hihihi..........layan)
* BORANG NIKAH!!! balik minggu ni baru p amek..gila lmbat..tok imam tu xbg amek sbb xdak borang pihak lelaki...so balik ni bwk borang pihak lelaki, baru leh amek n isi...

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Monday, October 25, 2010

lagi sebulan jer?

Daisypath Wedding tickers


Salam...

tinggal lagi sebulan jer?dh kawan2 pon dah start menyoal serba serbi bertanyakan tentang persiapan wedding...hehe..sampai adik aku kt uma pon ckp, "Mak, uma kita ni ada kenuri ke tak bulan 11 nanti"..hahaha..hamek ko,aku gelak je pas mak habaq bru2 ni....

Ain, cemana ngn persiapan? - aku jawab "Alhamdulillah....tinggal brg hantaran + doorgift"
(tapikan, lepas tu aku pikir mcm2 wey...apa lg yg aku x buat yer?baju pelamin suma dh tempah..baju nikah pon siap awal bulan 11,means ujg mgu ni..tudung2 aku dh beli tinggal nk p pasang batu2 je bagi cntik sket...ngeee ^_^)

sebenaqnya doorgift pon tak decide nak bg ape..hahaha..ni bru plan nak amek cuti brapa hari...aku mmg kena amek byk sbb aku kene buat nti ms cuti tu...kene kemas uma, siapkan doorgift, borang nikah lagi belum isi...balik raya deepa baru nk isi borang nikah..

and satu impianku adalah "AKU NAK ABAH AKU SENDIRI YANG NIKAHKAN AKU NANTI"...nanti nak kol Abah, suruh Abah prepare skrip nk nikahkan aku...hihihi...yela, aku nak Abah sendiri serahkan aku pada bakal suami aku nanti...inilah impian aku..and aku harap Abah aku setuju...^_^

kad jemputan aku belum send lagi..ni dlm proses "kumpul alamat kwn2"..cheq bukan apa naa,cek malaih nak p pos opis banyak kali..cek p skli harung jaa..kan senang? ^_^

balik deepa nanti, InsyaAllah kat uma nak buat meeting untuk kenduri..ni pon kira dh lmbt giler...tapi yang penting, aku berdoa pada Allah, agar semuanya berjalan lancar...aminn

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Thursday, October 21, 2010

ntah

erm...apa lagi aku nak melalut kt sini...sebenaqnya kan..........

AKU SANGAT MENGANTUK.....

nak tidoq jap bole?

ZZZzzzzzzzzzzZZZZZZZZ

daaaa~
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Sunday, October 17, 2010

apa lagik ek?huhu

Salam

haha...sebenaqnya aku xtau nak tulis gapo dio lagi ni..so, letak title pon ntah pape je...xpala,janji ada gak title drpd blank ja..ngeee ^_^

haa...kamis lepas,aku dah g wat UJIAN SARINGAN HIV..aku buat kat Klinik Kesihatan Bangi..dia start kol 2-4 pm..so, mber2 yg dok area Bangi ni, p jer buat kat situ..xpayah appointment pon..untuk Ujian saringan ni, just ditetapkan 2 hari saja kat situ..Selasa & Khamis 2-4pm..aku kua opis dalam pukul 3pm..sampai sana, amek borang n No, pastu isi2 persoalan yg disoal di atas borang tersebut, then buat bayaran RM1, wpon atas borang tu depa cop "Tiada Bayaran"..hoho..pas2 kena p bilik No7, tgu dlm 10min, then no aku dipanggil..masuk dlm, sorg pegawai perubatan, lelaki, sapu ubat kebas, then terus kene cucuk...aduh!!ms tu tak sakit...pas tgu menatang alah tu bagi respon, kebas gak laaa...then dlm 3 min, menatang tu respon, "Non-reactive"..so aku bebas HIV..-VE...hhihi..boleh kawen!!! =P

then last weekend, aku siapkan lagi kad jemputan..aku print lagi..then potong2 lak...sampai sakit tgn aku...lenguh3..then dah siap tulis2 alamat mber2 dah..nti dh settle suma, aku akan pos sekaligus!!haha..malas nak p pos opis banyak kali eh...p sekali hantar sumer...so, kengkawan, sabaq naaaa..hihi

minggu ni nak balik kg..nak uruskan borang nikah...borang incik tunang dh siap dah...so dh boleh bg kat aku lak..aku kene settlekan kat kedah..sbb nak nikah nti kt kedah kn..erm, sian mak jahit lgsir sorg2...hadoi..balik ni leh settlekn borang nikah, then p booking mekap sbb aku terlupa beb..mampos la kalo dh full..xpe,aku mekap besa2 jela..ngeeeeeeeeeee ^_^

itu sahaja berita terkina,,,kesian,terima kasih...hahaha

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami...Aminnnnnnn

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Sunday, October 10, 2010

Persiapan Wedding


haaaa...just nak share..sebenaqnya aku bosan sket,Kak Ila cuti hari ni..xdak org nak berborak2..wuwuwuwwu T_T lg pulak mata aku dh memberikan signal bahawa akan mengalami sakit mata seperti kakak n si kecik Iqbal...tkt tgk mata depa..(merah cm antoo...huhuh)

kak yah ada tag aku psl KPLI-SR ambilan Januari 2011..hari ni start untuk register..aku nak cube isi la..mana tau kot2 ada rezeki..dan aku berminat nak ambil untuk pra-sekolah...sok2 aku p beli pin la kat BSN..

dan aku nak bercerita pasal persiapan wed aku...hurm Alhamdulillah, brg2 hantaran dah beli skit2...jam tangan, baju, kasut...cuma tinggal beebrapa je lg nk kena topup2..xmau buat byk2 sgt, nti for sure sedara mara akan bg makanan utk buat hantaran..nti byk2 susah plak depa nak bwk balik...ekekekeke

sabtu lepas g Jln TAR & Sogo...sebek sogo ada SALE..dptla beli handbag dgn harga potongan istimewa...(i really love that HB!!!x sabaq nak pakai lorhh..ni 1st time p beli HB mahai...wowowo..adakah aku semakin matang? ^_^)..pastu kat Jln TAR cari brg untuk incik tunang...dan hari ahad, pergi Nilai 3, sj2 nak survey doorgifts...erm bole tahan la reganyaa..but, my sis said, macam nk buat sendiri jer..aku pon prefer buat sendiri kot..bole kuakan bakat terendam ni..hahaha(pdhal nak tiru idea org lain..kui3..xpe jnji bole cut cost!!kelekut punya olang!!)

now, aku n incik tunang tgh berusaha untuk mendapatkan rumah yang murah (mcm tak sanggup plak mahal2) average rumah kt bangi ni mahal gilo wei...rumah teres 2 tingkat rm800++...uwaaaaaaa T_T and td incik tunang ckp ada jmp uma teres 1 tingkat..maybe dlm rm350-400 kot...rumah tu kosong lg, sbb org yg duduk sblm ni bru pindah..mudah2an rumah itu masih kosong untuk kami.....amin

ish mana nak cari kain psg kaler hitam merah ni?susah taw...kakyah, mana nak carik ni..penin pala saya...dahla tinggal sebulan lebey je lagik..baju si anak kecil lagik...uwaaaaaaa

nota kaki : (kali ni perlu ada nota kaki)
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami kedua-dua belah keluarga...semoga semuanya berjalan dengan lancar...kami memohon kepadamu...redhoilah keinginan kami untuk membina Masjid ini..limpahkanlah rahmat ke atas kami...amin Ya Rabbal 'Alamin"
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Thursday, October 7, 2010

tertekan

sekarang ni saya sangat tertekan dengan situasi yang baru saya sedari...
saya rasa sangat bersalah...
saya lakukan tanpa berfikir panjang...
saya semakin takut untuk berterus terang...
saya malu dengan "ketidakmatangan" diri ini...
saya redho dengan keputusan ini...
semoga Allah berada di sampingku selamanya...

aku buntu
aku bingung
aku tertekan
aku juga terasa menyesal

menyesal di atas perbuatanku
ampunkn aku

semoga aku dapat berterus terang walaupun padahnya akan menimpa
Ya Allah,berilah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi...

" LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMEEN" aminnnnnnn

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Wednesday, September 22, 2010

banyak bende tak settle lagik

Salam Alayk...

waaa...dh lama xjenguk blog kecayangan nih..xpa, bg dia rest, cuti raya gak lar..ahahah..nak tau x?aku rs aku makin gemouks!!!ouh, betapa jahatnya marjerin & tepung & teloq2 yg ada dlm kueh raya...ditambah pulak dengan minyak & lemak2 jahat yg ada dlm segala macam makanan2 berat...uwaaaaa T__T pliz elps me to turunkn berat badan yg makin menggila naiknya...sob..sob (nanti musti nmpk segala lemak2 ms pakai baju pengantin)

aku rasa tak terlambat lagi kot nak wish "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN"...nk cerita pasal raya aku?tak terkata rasanya..yang bole wa ckp sama lu, raya kali ini sangat seronok!!!semua adik beradik balik..but sori gmbr my big family tak ada, sebab suma dh "pancit"..haha..dan sekarang aku terlalu merindui gelagat LIMA org anak buah aku..sob..sob

skrg ni, i need to focus on my wed preparation..ouh, ghupenye manyak lagi tak settle..incik tunang tengah settle kn pasal borang nikah dia...once dia dh siap, bru aku leh proceed ngn borang aku pulak...dia dh pegi buat HIV test selasa lepas, aku?mebi ptg ni kot...ekekeke..x pon pegi next week jela..

esok mlm, pas habes keje, pegi open house uma kak Kam, my boss, then terus gerak balik kg..tp aku stop dlu kt uma abg aku di Malim Nawar, Perak..pagi2 sabtu baru gerak pula ke Kedah..aku balik kali ni sebab nak settlekan pasal kad kahwin...thanks a lot to KakYah, my sis for designing my card...seriously cantik sgt!!

maybe 9hb October, keluarga bakal mertua nak datang rumah..nak hantar duit hantaran...nebesnya...hadoi @_@

dan skrg ni, baju nikah, baju sanding, pelamin suma dh booking..baju nikah dh tempah..jurunikah pon abah dah p booking..fuhh!!lega..Alhamdulillah...
yg belum settle lg, brg2 hantaran, cincin nikah, door gifts, rumah sewa (mana nk carik ni..huk3)...insyaAllah mgu depan kena push jugak untuk pegi beli semua brg2 hantaran..(xdak masa dh ain oiii)

doakan saye ye kawan2..smoga dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga..amin ^_^

P/s: serius takut, nebes, cuak, gelabah, pening, sakit pala, dan smpai tak tau nak buat yg mana..haha
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

jiwang sat...ekekeke

tetiba rasa aku jiwang sngat sebab post lirik lagu ni..hahaha...(ikut suka ati aku la kan...ngeee ^_^)

Yang Sempurnakanku 6ixth Sense

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu


----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Monday, September 6, 2010

ditag oleh 3 orang teman

ahaaa...aku ditag oleh 3org kawan2 aku..Cik Ilani, Cik Jijot & Puan Mija

wajib jawab ka?huhuhu..tp best kot sbb dah lama tak ditag oleh rakan blogger..

meh cini cek jawab

1) Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka puasa atau bersahur

1) Kurma (ye ke suka..makan kurma bagus tau)
2) Nasi Kerabu
3) Ayam
4) Murtabak (tapi lani kena pilih tgk org juai tu, teloq ayam yg dia guna tu basuh ke tak..ni peringatan dari mak)
5) Nasi Lemak (aku gumuk oke!tak suka!)
6) Ayaq tebu
7) Nestum + Milo (waktu sahur)

2) berikan kepada 5 orang rakan blogger anda:

1) Cik epal / Cik Wahi

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam..

ha, kat sini, aku nak ambil kesempatan nak wat wish sempena raya lagi 2 hari lagi...2 hari lagi oke!!!tak sukanyaaaaaaa...lambat balik kg..

ni sambil dok menaip, sambil2 dengaq lagu raya...

pertama tama, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, khas buat kedua2 Bonda & Ayahanda..

Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Kesalahan diri ku...

(nak nanges dengaq lagu ni..Mak, Abah, maafkan saya na...doakan saya selamat sampai uma..saya nak beraya ngn Mak Abah...tahun depan Kerel dah cop raya uma dia dulu..huhu)

Kedua dua, nak ucapkan Selamat Hari Raya gak, maaf zahir batin kat adik beradik, ipaq duai aku

Saya minta maaf kalau ada salah silap saya selama kita membesar bersama-sama..Buat kakak2 & abg2, kalau saya ada mengguris hati, terkasar bahasa, maafkan saya naa...nanti raya jgn lupa bagi duit raya kat saya gak (wpon dh keja..) Buat adik2, Kak Ing minta maaf...kalo slalo gadoh ka, marah ka, cubit2, tepuk2 (sebab fariha bambam), pukui ka..huhuhu..minta maaf...sebenanqnya kak Ing saja ja kdg2, sbb lama tak CARI GADOH..dok KL ni nak gado ngn sapa..Iqbal kecik lagi...^_^ (nanti Kak Ing bg duit raya..tp tak byk kot..haha..ampun2, gaji tinggai ciput)

Ketiga tiga, nak ucap Selamat Hari Raya to my fiiancee

Ain minta maaf byk2 selma kita berkenalan sehingga kita bertunang..Ain byk bebankan Abg..td pon keta tak hidup, Abg gak kena marah..sori!!! semoga hubungan kita sentiasa dirahmati..dah tak lama lagi...mekaseh bagi duit raya (tahun depan nak banyak lagi..haaha..sgt tak bersyukur kan? =P)

Keempat empat, Selamat Hari Raya buat sahabat handai, dan sesiapa yang kenal dengan aku

Walaupun jarang bersua, kot2 ada salah silap, mohon dimaafkan...kalau cek ada terasa ka, buat ampa terasa ka, perli ka, kutuk ka, haish...maafkan semuanya yaa...semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah swt...dan khas buat teman sekerja, untuk Kak Rita, Kak Kam, Encik Saz, saya minta maaf kalau selama saya bekerja ni, ada yang tak berkenan di hati..InsyaAllah saya akan tingkatkan mutu kerja saya...Kak Ila, Kak Su, kak Hani, Zai dan Kak Marsi, minta maaf na kalo cek ada terkasaq ngn ampa no...hoho...sedih sbb smlm xdpt bebuka sama2...Wong Solo tu pemes rupanya...huhuhu...

dan akhir skali buat sesiapa yang mengunjungi belog ini, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan...terima kasih

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Si Dia buat hal pulak....T_T

Salam Alayk

hari ni, aku tak g keja..sebabnya -------------------> si POTRON buat hal lagik...dia xmau menghidupkan dirinya...terpaksa bagitau boss, amek EL..habeh kalo tak EL, aku nk g nek ape?naik teksi?mahai la wei..boss ckp OK...Alhamdulillah, terima kasih kak Kam..

erm menurut kata abang aku, Starter dia problem laa...urm...starter baru ja tukaq..rasanya tak sampai 2 bulan lagi kot...ke si POTRON ni dah ber"mood" nak raya jugak??haishhh...nak rest la tu kot...mls jln jauh2...huhu...(ke dia nak minta duit lg?soh tukaq itu ini?T__T)

esok kene keja separuh hari...ish kalau la hari ni keta ok, then esok baru buat hal, kan bagus..bole balik kg cepat!!!hahahha....oppsss terlebey suda! ^_^

hari ni, dahalang-alang cuti, (ekceli EL oke) baik aku p basuh baju2 aku..sok dah nak balik kg...pastu leh terus packing barang..yang penting BAJU RAYA jgn tertinggal plak...(baju raya aku ada2 psg je...satu lg tu br pakai sekali..huk3)

tengah pikir macam mana nak hidupkan keta tu...kena turun cari org suruh tolong tolak jugak laa...pastu terus bawak g bengkel..nak panggil mekanik mai, kena charge lebih2 plak...(ni yg rasa cm nak beli keta MyVi ni...sapa nk belikan, sila berdiri!)

mood skrg : aish awt esok tak cuti...kalo tak boleh balik kg malam ni...T_T
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Monday, August 30, 2010

berpuasa & berbuka di kampung

Salam Alayk..

seperti tajuk entri di atas, aku skrg berada jauh dari KL..aku berada di kg halamanku...wah3 alangkah gumbiranya dan rasa bersyukur diberi kesempatan berpuasa bersama mak & abah yang tercinta...(sebenaqnya hari ni dah hari ke4 aku kat kg..ekekeke)

aku sampai di kg pada jam 5.00 pagi hari Jumaat...(selangor cuti oke!!) sampai kat uma terus bersahur bersama Mak, Abah, Kakyah&husband, fariha & adik...seronok tau..mak masak daging kicap..yum3..lepas subuh aku terus tidoq (penat sgt sbb naik bas tu kena dok blakang skali..seat dia xle baringkan..aku dok tegak dr KL-SP..sakit gila tengkuk weii..huhu)

hari pertama, kami bersiap2 untuk panggang ayam yg sudah diperap..lepas family abg sepupu mai, kami mula pasang api dan terus membakar..seronok tau..kalau semua nak tau, ini adalah perkara wajib yg kami buat tiap2 tahun..(tapi sedih kali ni tak ramai yg balik) nak tgk cerita lanjut, bleh baca kat sini oke??! ^_^

esoknya, aku,kakyah,a.medan,fariha n adik serta si kecil harith keluar ke pekan SP..tmpt pertama yg dituju ialah BUSANA PENGANTIN..ehehehe..kami p booking pelamin, hiasan bilik tidur dan juga baju pengantin (so excited sbb warna yg diidamkan ada, dan aku bakal org pertama pakai baju tu sebab baju tu baru siap...siyoknyaaaaa) lepas dah berpuas hati, kami terus gerak ke tmpt lain

pas2 kami nak pergi Center Square(CS), tapi jem gila ah...ye la, hari cuti dan org ramai nak shopping raya..hihihi..so tak jadi pi sana..kami terus gerak ke kedai Anakku (kakyah nak beli baju raya si kecil Harith) kakyah dah nak balik Langkawi..thank you so much sebab teman g busana..kalo tak, saya mati kutu nak pilih hat mana..hehehe..pastu antaq kakyah & family dia kat Kuala Kedah..smpai sana dh lewat..hajat aku nak p beli Laksa Teluk Kechai, K.Kedah, tapi kedai tu tutup (xtau samada memg xbukak atau kami yg lmbt - 6.30 dh time tu) sedih sgt tak dpt mkn...otw balik aku n adik singgah p bazar memandangkan kami bakal berbuka di atas jalan raya jer..(sedih gila ms ni sbb kat uma xdak pape makanan..sian mak abah..huhu..tpi mak ckp ade mknan lain..lega sket)

semalam, hari ahad, aku n fariha keluar ke pekan SP nak cari bahan2 nak buat kueh raya..kami p G-Mart...bila semua dah beli, kami p Anakku p tukaq baju Harith, tak muat..then lepak2 kat Tesco, g cuci mata..(sebenaqnya habeskan masa kat Tesco tu sbb nak tunggu bazaar bukak..sbb masa tu baru pukul 3.lebih..hihihi) dh pukul 4, kami keluar terus g bazaar..beli nasi lemak & kueh muih..nasi lemak daun pisang singgit sebungkuih..(sdap wei) pastu terus balik........

dan hari ni, aku dah start buat kueh raya..ni ada org tempah tapi tak byk macam tahun lepas (tak larat eh nak buat sorg2..ekekek) mekaseh sapa2 yg tempah ni..Kak Ila (opismate), kakak (sepupu K.zira), K.zira & incik tunang..hihi..harini buat kueh sarang semut & semperit...esok pon akan buat sarang semut lagi...yg selebihnya, tunggu adik aku sorg lagi balik buat..dia cuti lama....

okelah, nak g mandi & solat asar..pas2 nak memasak..menu berbuka hari ni : koteaw/bihun tomyam..yum3..akn dimasak oleh chef Ain (aku ler tuh..wakakaka) dan air ijau..& popia (abah ckp nk p beli la..tunggu la..mebi buboq lambuk skali kot)

sok malam, kol 11, aku akan berangkat pulang ke KL untuk kembali bertugas (selepas 5 hari bercuti).. huhu..sangat sedih!!!

oklah,aku nak p susun kueh2 yg dah siap td...oke..bye2..

P/S: malam ni malam 21..jom sama2 banyakkan amal ibadat kita ya..hanya tinggal 10 mlm lagi..jgn lepaskan peluang keemasan yg Allah bagi ni..yuk!!!
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Tuesday, August 24, 2010

slow & steady...apekah??

Salam semua...

waaaa...arini dah masuk FASA KEDUA bulan Ramadhan...dan aku pulak, kurang kesihatan...batuk tak henti2 smpai sora dh jadi ROCK!!!cayalaaaaaaaa....hihihi (ish3..semoga Allah sembuhkan penyakit ku ini)

tapi yang tak bestnya, aku nak solat terawih, ngaji Quran pon semput...xcukup napas..tapi semlm masa nak tidoq, hanya Allah yg tau betapa sakitnya anak tekak ni..rasanya dlm 5min batuk tanpa henti....perit ooo..huhu (semoga Allah memberiku kekuatan & kesihatan yg baik utk aku memperkuatkan amal ibadat di dalam FASA kedua ini...amin)

haaa....esok malam, aku balik kampung..cuti selama 5 hari di kampung..alangkah indahnya berada di kampung..ku rindukan masakan kampung, masakan mak..sungguh berbeda dgn di KL / Bangi ni...makanan mak masak takkan pedihkan perut (sebab tak pedas)...huhu

--------entri atas ni xdak kaitan dgn tajuk sebenar---------------------

minggu ni juga aku perlu membuat sedikit persiapan utk hari besarku nanti (bukan aku nak membesar laa..means wedding ku)...minggu ni aku dah plan dengan kakakku untuk booking baju pengantin, pelamin, perhiasan bilik tidur...uwaaa...sebbaik ada kakyah..kalau tak, rsnya akan terkontang kanting jugak la kan...

dan aku juga perlu membeli sedikit barang untuk hari besar aku..huhu

---> seminggu sebelum puasa, kami dah pergi kursus kawen di Presint 16, Putrajaya..tempat dia best sebab dalam dewan besar..kalau sapa2 berminat haa, tekan kat sini..

dan sekarang ni, incik tunang dah bizi nak settlekan borang dia..semalam baru pergi ambil borang nikah kat Pejabat Agama Kajang...

dan aku pulak, perlu isi selepas incik tunang selesaikan borang dia...

tarikh??belum dapat lagi..tgh tgu mak kol bgtau tarikh sebenarnya...tapi yang penting bulan 11 jugak...

harapanku agar semua urusan kami 2 keluarga berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA..doakan kami yer kawan2...sorry pada sapa yg xtau lagi tentang perubahan tarikh ini..nanti aku kirim kad yer bila semua dah settle...^__^

doakan kami yer....^_^
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Sunday, August 22, 2010

Dah nak separuh Ramadhan

Salam Alayk...

lama benaq tak hapdet blog ni...ke"bizi"an melanda diri ini...wuawawa...

last entry before posa...wohaa...lately memang sangat2 bizi...last weekend, our company join the Parenthood Expo at Exhibition Centre, MidValley Megamall...ouh wiken yg teramant penat bg aku...sejak hari Rabu lagi, aku dh pergi ke our HQ di seri kembangan untuk mem'packing' barang2 yg akan dibawa ke expo...dari pagi smpai ke petang dari mengangkut, membungkus dan mengiri stock2 yg akan dibawa...sungguh penat..

dan keesokannya, aku pergi ke Mid valley bersama dua org boss aku untuk setup booth our company...barang terlampau banyak dan aku sgt2 capek! penat sungguh...masa zohor kami smpai di midvalley and kami balik ms azan isyak sedang berkumandang...sungguh2 aku xcukup tenaga memandangkan ini adalah bulan puasa...~phewwww (mengeluh sket je...ekekek)

dan hari jumaat, bermulalah expo tersebut...jumaat xramai sgt yg dtg, tp still aku balek uma sampai kol 11 mlm..penat lagi....~phewwww (ngeluh sket je)

dan sabtu aku pergi lagi...tetapi hari ini memg sgt2 penat..ramai org dtg beli kt our booth...masa utk rehat sebentar pon xde...dr pg smpai mlm, berdiri! sampai ketaq lutut aku dibuatnya...sora pon dh rock cm Ella..huhu...yer la kene terangkn kat customer...1 bnde kena terang manyak kali...wuaaaaaaaaa..dugaan...haus...lapaq..tp bulan posa oke!harap maklum...hari ni balek smpai uma awl sket dlm 10.30mlm...hehuhehu...~phewww (ngeluh lagi)

dan hari terakhir expo, aku mmg dah xde tenaga..so aku amek keputusan untuk rehat sj kt rumah..walaupon aku sgt sedih xdpt wat OT & kumpul komisyen yg byk utk expo kali ni..sob..sob...tp xpe, yg penting skrg, adalah kesihatan aku...smpai sekarang, batuk aku sgt kuat..kering anak tekak aku ni...sakit...

Ya Allah, sembuhkanlah penyakit aku...semoga aku tabah

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami...hanya tinggal beberapa bulan je lagi....
nak ngeluh sket bole??phewww~

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan

Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan, yakni bulan yang penuh dengan keberkatan, dan juga bulan pengampunan segala dosa...bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan RAHMAT ALLAH S.W.T...

Di sini, aku nak ambil kesempatan, memohon maaf di atas segala kesalahn yang telah aku lakukan..semoga kita sama-sama dapat memperbanyakkan amalan serta kuatkan iman kita sepanjang bulan ini...

semoga Allah menerima semua amalan yang kita lakukan

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KAREEM ^__^ ^__^

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Thursday, August 5, 2010

bizi sket

Salam

huhu..lama tak hupdet..ekceli bnyk cite baru nak hupdet tapi masa x ijinkan...
Al maklumlah minggu penyusuan ni, asek keje outstation ja..ekeekke (pasan giler)

tadi pon g buka booth kat Putrajaya..

erm kla,nti aku smbg lain
nak solat pas2 kelik uma...

makan megi?makan nasi?megi jela...(gaji xmsuk lg...uwaaa...org lain dh 1mgu habeskn duit,aku??gaji lom masuk.....T__T)

pstt: sapa2 nak belanja i makan smentara tgu gaji i masuk??huhu..pliz3 kamu jgn lari...........
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Sunday, August 1, 2010

not feeling well ~~

Salam...

waaaa...lama tak hupdet blog ni..asek bizi ja lani...

n now,

hidung berair (selsema ok)
kepala pusing (sakit ooo)
badan seram sejuk (demam la pulak)
satu badan lenguh (sebab suhu bdn makin tinggi)
mata berkelip2 (minta ditutup)

tapi......

aku di Wangsa Maju
kerja di our new outlet...

mcm mana nak rehat?org ramai..family Kak Shima ada sini...

aku perlukan rehat (i means tido la..sbb rs dh x terdaya lagi)

and i was thinking, macam mana nak drive balik ptg ni? (kompem2 jalan jem gila2)

oh Allah, sembuhkanlah penyakit aku ini..sesungguhnya penyakit itu dapat menghapuskan dosa2 ku...

mood: not feeling very well.....doakan aku naaa T_T

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Tuesday, July 27, 2010

UNICEF - All Rights for Children

Salam Alayk..

haa..mebi ramai tertanya2, mana aku menghilang tak online dr smlm kn?ekekekek (pasan giler..cm la pemes sgt..hak3)

aku attending 1 course at Boulevard hotel, Mid Valley..ni dh hari kedua..tinggai esok ja lagi separuh hari...malam ni aku stay kt Hotel ni wif KakRita, my boss..she wanna me temankn dia sebab jalan jem nak balik rumah dia...so im stayed here wif her...

wah hotel 3 stars...huhu..1st time ni...sgt sejuk di sni n hidung aku dh mula sok sek...sok sek...erm nanti aku crita lagi na pasai course ni....

haa..nak tau x?ada sorg dak ni sejibik muka AEN...huhu...

aku dh start ngntok n nk p solat dlu..yeyey!!!esok last day!!!tak sabaq nak balik kerja di opis...(poyo kan?huhuhu)

Boulevard Hotel, Mid Valley

Our room...waaaaawawaa..teruja seyh....=P

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Friday, July 23, 2010

all about HER....

Salam Alayk...

im just wanna share wif all of you about HER

ok, lets start...

HER adalah best frenz aku ms kat skool dlu..ms kat SMKB..i know HER when she entered my skool masa form2, thn 2000...mula2 tu dia skool kat lain..HER masuk kelas sama ngn kelas aku..2AH..aku suka berkawan dengan HER...HER anak bongsu drpd 3 org adik bradik..HER ada sorg abg & sorg kakak..

sejak dari tu, aku & HER berkawan baik...HER suka berlawak & suka gelak...best cakap ngn HERHER, sebab HER la aku pandai cakap bahasa kampung...ekekeke(aku suka ckp ngn mu..mu lawak dey)

aku pernah tidoq kat umah HER kat Charok Bemban..HER pon penah tidoq uma aku...aku penah p beraya kat uma HER..last aku pergi raya kalau tak silap masa tahun 2007...mak & abah HER pon baik...abah aku pon kenai abah HER..seronok tau kalau berkawan, mak & abah kenai parents kawan kita tu..hihihi

kami berpisah lepas SPM...aku masuk UNITEN, HER kat UiTM Perlis...lani aku dah kerja, HER plak sambung study lagi kat UiTM Shah Alam...Good luck dearie ^__^

actually, 21 Julai yang lalu adalah besday HER yg ke24...HAPPY BIRTHDAY dearie Ilah...hope mu success slalu n berjaya dalam hidup...ingat lagi masa dia kol semalam

AKU : hello...assalamualaikum
HER : waalaikummussalam...mu dok wat pa?tidoq dah ka?
AKU : dak g aih...dok tgk cita korea..hehe
HER : mu ni..dak habeh2 cita korea..watla benda pekdah sket..
AKU : (dgn snyum nakal) ala...pekdah la ni...drpd aku dok tidoq jaa...bek aku layan ni..
HER : mu dah makan?masak ka?mai la antaq lauk sepinggan kat sini
AKU : hahahha(tergelak besaq)..aku mkn megi ja wei..malaih nak msk..
HER : aku baghu habeh kelaih...kelik kol 7 tadi..baghu pas mkn nasik...dr pagi td dak mkn lagi
AKU : 2la mu...sapa soh tak pi mkn...

pastu aku terus sembang ngn HER...HER kol free sebab besday HER kan...HER ckp asyik dok kol org ja dr smlm...hahaha..-sungguh jeles-

HER : knuri mu bila dey?
AKU : InsyaAllah bulan 2 nanti..mari maghi tau...
HER : masa raya cina ka?aku cuti...InsyaAllah aku g...erm sorg lg nak kwen dah...dah brapa percent dah wat persiapan?
AKU : ala...nanti2mu pulak..tapierm.. aku pon xwat prepare papa lagi wei..pas raya kot baghu nak wat..kursus kawen pon tak p lagi...mak akuu dah bising ritu...hhihi
HER : ish mu ni..aku pon dah g dah kusus tu msa stadi dlu..mughah jaaa...
AKU : xpala..nanti aku p la...

bla....bla..bla....(terus sembang pasai hal peribadi...)

lepas sejam dok sembang (lepaskan rindu la katakan), terus mati...henset aku pon mampos sebab batery kong kang keng..hehhe...

HER @ Ilah....
terima kasih na sebab kol aku....sungguh aku rindu mu..aku harap kita dpt jmp nanti...nanti aku g sana dey jmp mu...
Ain & Ilah - 2002 Form4
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Thursday, July 22, 2010

kak shila jahat

Salam Alayk

kak shila jahat oke?nak tau sebab ape?dia ejek aku...huh!!

ni kesnya, igtan aku nak ckp "singa" tapi mulut aku dok sebut "ha ha ha" (gagap sket oke), sebenaqnya nak sebut harimau..

so, kak shila jahat oke!!!

pstt: xpaham sudah...hanya aku n kak shila n kak ila n customer ni jer paham....^_^
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Wednesday, July 21, 2010

pk?takut?huhuhu...xtau

Salam Alayk

hahaha...ntah pape kan tajuk entri kali ni..haish...ntahla..

dah tetap tarikh tapi.....tak reti2 nak wat preparation..waka waka eh eh =P

sbb lani byk sgt gheja....
pas2 dok pikiaq gaji bila nak masuk....
pas2 pikiaq camana nak dptkn duit lebey....

dh dekat posa dah...semoga umur aku pnjg sbb nak sgt jumpa Ramadhan kali ni...aku nak bebuka posa kat masjid uniten (jom kwn2 sapa nk join), nak bebuka kat masjid putrajaya (huhu..teringat kat suma kwn2 uniten yg pnh sama2 bebuke kt masjid putrajaya..sob..sob), nak tarawih full kalo di izinkanNya...lama dh tak buat 20 rakaat solat terawih...pas2 nak mengaji (khatam quran lagi..i wish i can)...ramadhan, i wish i can meet u..insyaAllah...

pasal wedding?urm..pas raya la baru uruskan...aku mls nak semakkan pala otak pikiaq mcm2 skrg ni..yg pntg aku nak persiapkan diri untuk mengunjung bulan Ramadhan...aku nak tambahkan lagi amalan dalam memperdekatkan diri kepada Allah...mudah2an...

okla..ada keja lagi tak siap..aku nak siapkan esok jela..badan still tak sehat (even dh mkn vitC tiap2 pagi..heheh)

pstt: doakan aku cpt sembuh yaa................
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Monday, July 19, 2010

sakit???

Salam Alayk..

Ya Allah, kuatkan semangat aku Ya Allah..

hari ni kepala n perot aku skt sangat..hanya Allah je tau apa yg aku rs..

tiap2 bln akn rs skit cmni (kes org pompuan), tapi kali ni terasa sangat2 sakit..ouchhh

sampai nak buat pape keje pon, smbil berkerut2 dok thn sakit..Ya Allah

kepala sakit
:
:
:
perot sakit

semoga sakit2 ni dapat hapuskan segala dosaku Ya Allah...amin...

----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com

Friday, July 16, 2010

My Design..any comments??

Salam Alayk...

haaaa....at office lately, i am again begin a designer...ohhoo..long time i didn't using Adobe Photoshop..masa kat Unitendlu, slalo gak dok edit2 gambaq guna photoshop..lani dok guna photoscape jaa...hihi..senang...

baru ni boss minta aku design kan banner dan bunting yang akan digunakan semasa sambutan Hari Susu Ibu pada 1 Ogos nanti...aku pon apa lagi, mengasah semula bakat aku..Alhamdulillah, bole la..jadi la..hihi..boss terima MySpace

pas dah ciap tu, aku kena design banner website susuibu plak..sebab banner yang lama tu still guna logo yang lama...erm, skali buat, Alhamdulillah, boss ckp "ok approved'..

and now, i otw to do the newsletter for our company...i just send my draft to my boss...wait for their comments

If you have any idea, tell me ya..how to improve my Newsletter!!take a look ya ^_^

banner Hari Susu Ibu

bunting hari Susu Ibu

banner website

draft newsletter

any comments?
----------------------
Taman Rindu,

http://raudhohsyauqeena.blogspot.com